Monday, October 27, 2014

Kenapa Perfume Miniature Perlu Dimiliki



1. Perfume miniature bersaiz kecil

Saiz perfume miniature adalah kecil dan kebanyakannya mengandungi 5-10 ml perfume. Saiznya yang kecil memudahkan ia dibawa ke mana-mana dan boleh disimpan sama ada di dalam poket seluar atau pun di dalam handbag.


2. Harga lebih murah

Saiz dan isi kandungan yang sedikit menyebabkan harga perfume miniature juga jauh lebih murah berbanding dengan botol bersaiz besar. Harga yang murah membuatkan perfume miniature lebih affordable berbanding botol bersaiz besar.


3. Comel dan cute

Jika anda merupakan penggemar barangan yang comel dan cute, tentu anda turut berminat untuk memiliki perfume miniature. Ini kerana bukan sahaja bentuk packaging perfume sama atau hampir sama dengan botol bersaiz besar, saiznya yang kecil membuatkan perfume miniature tampak comel dan cute.


4. Sebagai percubaan sebelum membeli botol bersaiz besar.

Kebanyakan pembeli mesti ada rasa ragu-ragu bila nak beli perfume bersaiz besar kerana takut perfume tidak sesuai dengan citarasa. Ada juga yang jenis cepat bosan dengan perfume yang dipakai. Oleh itu, perfume miniature boleh dijadikan sebagai percubaan sebelum membeli botol bersaiz besar. Sekiranya perfume yang dibeli bersesuaian, baru boleh fikir sama ada mahu beli yang bersaiz besar atau mahu beralih kepada perfume yang lain.


5. Boleh dijadikan sebagai koleksi

Perfume miniature turut boleh dijadikan bahan koleksi kerana saiznya yang kecil dan comel. Sudah tentu para penggemar bahan koleksi perfume turut suka menyimpan botol perfume miniature ini.


6. Sesuai dijadikan sebagai hadiah

Perfume miniature turut sesuai dijadikan hadiah. Tidak kisah sama ada hadiah perkahwinan mahu pun hadiah lucky draw. Harganya yang murah memudahkan pembeli untuk perfume yang berbeza untuk dijadikan sebagai 1 set hadiah yang eksklusif.


No comments:

Post a Comment